Kehidupan dan kerjaya Lea Thompson

Kehidupan awal

Thompson dilahirkan di Rochester, Minnesota,[1], salah seorang daripada lima orang anak Clifford dan Barbara Barry Thompson.[2] Dia mempunyai dua saudara perempuan, Coleen Goodrich dan Shannon Katona dan dua saudara lelaki, Andrew (Penari balet) dan Barry. Ibunya berasal dari keturunan Ireland.[3]

Dia belajar ballet ketika muda dan menari secara profesional pada usia 14 tahun, memenangi biasiswa bagi The American Ballet Theatre, San Francisco Ballet, dan Ballet Pennsylvania. Diberitahu bahawa dia tidak mempunyai tubuh yang betul untuk menjadi prima ballerina oleh Mikhail Baryshnikov sendiri, dia mengubah fokusnya pada berlakon.[4]

Ketika berumur 20 tahun dan menari secara profesional dengan Syarikat Studio American Ballet Theatre (kemudian dikenali sebagai ABT II) dan apabila tiba masanya untuk memutuskan apakah dia akan berpindah ke syarikat utama, Baryshnikov yang merupakan Pengarah Artistik pada masa itu memberitahu dia "Kamu seorang penari yang cantik, tetapi kamu terlalu tembam." Dalam kata-katanya, itu adalah "epiphany saya apabila saya membuat keputusan untuk berhenti menari dan tidak menjadi penari balet. Ia adalah satu masa yang indah kerana saya tidak boleh menghantuk kepala saya pada dinding selama 10 tahun lagi."[5]

Dia berpindah ke New York ketika berusia 20 tahun, dia berlakon dalam beberapa iklan Burger King pada tahun 1980an bersama Sarah Michelle Gellar dan Elisabeth Shue, yang akhirnya pelakon bersama dalam filem Back to the Future Part II dan filem Back to the Future Part III.[4][6]

Rujukan

WikiPedia: Lea Thompson http://www.adriennepapp.com/pdf/BMG_FEB_LeaTfull.p... http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=70717 http://www.allmusic.com/artist/mn0001264339 http://www.avclub.com/articles/lea-thompson,69639/ http://ibdb.com/person.php?id=%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://www.imdb.com/name/nm0000670/ http://www.postbulletin.com/caroline-in-the-city-s... http://premierguidemedia.com/lea-thompson-cabin-fe... http://www.rottentomatoes.com/celebrity/%7B%7B%7Bi... http://www.starpulse.com/mikhail-baryshnikov-destr...